.

Thursday, September 3, 2020

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Pengenalan Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Åšä kyamuni (Siddhä rtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam expositions perkembangan agama Buddha, agama ini praktis telah menyentuh hampir seluruh benua Asia. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Buddha dikenali sebagai salah satu agama yang withering besar di dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravada, Mahayana, dan Vajrayana (Bajrayana). Latar Belakang dan Kehidupan Buddha Menurut tradisi Buddha, tokoh historis Buddha Siddharta Gautama dilahirkan dari suku Sakya pada awal masa Magadha (546-324 SM), di sebuah kota, selatan pergunungan Himalaya yang bernama Lumbini. Sekarang kota ini terletak di Nepal sebelah selatan. Ia juga dikenal dengan nama Sakyamuni. Setelah kehidupan awalnya yang penuh kemewahan di bawah perlindungan ayahnya, raja Kapilavastu (kemudian hari digabungkan pada kerajaan Magadha), Siddharta melihat kenyataan kehidupan sehari-hari dan membuat kesimpulan bahawa kehidupan nyata, pada hakikatnya adalah kesengsaraan yang tak dapat dihindari. Siddharta kemudian meninggalkan kehidupan mewahnya yang tak ada ertinya lalu menjadi seorang pertapa. Kemudian Baginda berpendapat bahawa bertapa juga tak ada ertinya, dan lalu mencari jalan tengah (majhima patipada ). Jalan tengah ini merupakan sebuah kompromis antara kehidupan berfoya-foya yang terlalu memuaskan hawa nafsu dan kehidupan bertapa yang terlalu menyeksa diri. Di bawah sebuah pohon bodhi, Baginda berkaul tidak akan pernah meninggalkan posisinya sehingga menemui Kebenaran. Pada usia 35 tahun, Baginda mencapai Pencerahan. Pada saat itu Baginda dikenal sebagai Gautama Buddha, atau Buddha(secara harafiah: orang yang telah mencapai Penerangan Sempurna). Untuk 45 tahun selanjutnya, Gautama Buddha telah menyebarkan ajarannya tanpa berhenti di merata-rata tempat. Sejarah Buddhisme di Malaysia Sejarah Buddhisme di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 peringkat: 1. PERINGKAT AWAL: Pada awal kurun Masihi, seperti yang disebutkan oleh Dr. Coedes dalam bukunya, Indianized States of South East Asia, Warisan kebudayaan Orang India di Asia Tenggara dapat dibuktikan daripada corak kebudayaan yang terdapat di Semenanjung dan Tanah Besar Asia Tenggara; Bahasa Sanskrit telah menjadi ansur bahasa tempatan; dan unsur-unsur tradisi orang India masih terdapat di negara-negara yang bertukar kepada Islam. Tetapi Prof. D.G.E. Lobby, dalam bukunya A History of South East Asia, percaya bahawa kebanyakan tradisi India telah mengubahsuai apabila bertentangan dengan tradisi tempatan, misalnya sistem kasta tidak pernah dipraktikkan di sini. Akan tetapi fakta ini tidak boleh dihapuskan iaitu aktiviti perdagangan dan perniagaan telah menarik ramai pedagang India datang berdagang di Asia Tenggara. Pedagang-pedagang ini membawa bersama kebudayaan, ugama serta kesenian mereka ke rantau ini. Banyak barangan yang digali dari tanah oleh ahli arkeologi membuktikan bahawa bahagian utara Tanah Melayu, iaitu Negeri Kedah, pernah dipengaruhi oleh kebudayaan awal Buddhisme. Pada pertengahan kurun ke 3 sebelum masihi, selepas Kausil Buddhis Ketiga, Maharaja Asoka telah menghantar dua orang Bhiksu, iaitu Ven. Sona dan Ven. Uttara datang ke rantau ini untuk menyebarkan agama Buddha. Pada kurun yang ke 5, Buddhisme telah berkembang dengan baik di Semenanjung Melayu. Exkavasi arkeologi bukan hanya terhad di Kedah sahaja, tetapi didapati di Kuala Selinsing, Tanjung Rambutan, Lembah Kinta, Bidor dan Sungai Siput di Perak, di Perlis dan juga di Pahang. Langkasuka merupakan sebuah negara Buddhis yang pertama, ia ditubuhkan pada kurun masihi ke 2 dan berpusat di Banjaran Gunung Jelai, kemudian ia mengembangkan kuasanya ke bahagian Selatan Negeri Thai. Pada kurun ke 7, Buddhisme Mahayana telah menjadi sistem Buddhisme yang lebih diterima oleh rakyat Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa itu, Tanah Melayu berada di bawah kuasa Srivijaya, sebuah empayar Buddhis yang berpusat di Pulau Jawa. Agama Hindu telah mengalami kebangkitan semula di India pada kurun ke 10, maka Agama Buddha kehilangan sokongan yang diberi oleh istana serta golongan bangsawan. Kejatuhan pengaruhnya di India telah mempengaruhi kekuasaannya di Asia Tenggara. Pada akhir abad ke 12, empayar Srivijaya mengalami kejatuhan, begitu juga halnya dengan pengaruh Buddhisme. Pada awal kurun ke 10, Parameswara mendirikan Empayar Melaka. Apabila Parameswara dan Raja-Raja lain menganuti Agama Islam, agama tersebut telah menjadi agama utama di rantau ini. Sehingga abad ke 15, Islam telah berjaya mengambil alih kedudukan Buddhisme sebagai agama yang utama diterima oleh istana dan rakyat biasa, lantas Buddhisme di Tanah Melayu pada masa itu mengalami kemerosotan. Walaupun begitu, masih terdapat banyak peninggalan kebudayaan Buddhisme di Kedah, Perlis dan Kelantan akibat pengaruh Negeri Thai. Unsur-unsur Buddhisme masih terbukti dalam dramatization Menora dan wayang kulit. 2. PERINGKAT KOMTEMPORARI: Penghijrahan beramai-ramai orang China ke Tanah Melayu pada abad ke 17 merupakan arus ombak yang kedua. Pada masa itu, Buddhisme hanya merupakah upacara amalan yang penuh dengan kepercayaan dan kebudayaan Cina. Hanya pada tahun 1950, barulah terdapat penganut Buddha yang cuba meningkatkan status dan kedudukan Buddhisme. Dengan tertubuhnya banyak organisasi buddhis, termasuk YBAM (Young Buddhist Association of Malaysia) dan MBA (Malaysian Buddhist Association), maka wujudlah satu suasana yang baru yang menyatupadukan para Buddhis. Satu perkembangan lain yang penting ialah terdapatnya pengaliran masuk bentuk-bentuk Buddhisme yang dipengaruhi oleh kebudayaan-kebudayaan Thai, Sri Langka, Burma, Jepun dan Tibet. Ini telah membentuk Buddhisme di Malaysia yang pelbagai rupa bentuk. Cara-cara Perkembangan Buddhisme Di Malaysia 1. Membentuk Buddhisme Malaysia Buddhisme ialah agama yang tiada batasan negara dan kaum. Walau bagaimanapun, untuk menghadapi masalah taraf pemikiran dan budaya manusia setempat, Buddhisme muncul dalam rupa bentuk yang telah diubahsuaikan tetapi dasar Ajaran Buddha yang sama . Sifat fleksibilitinya telah menyebabkan Buddhisme yang disebarkan di pelbagai tempat muncul dengan rupa bentuk yang berlainan akibat persekitaran, kaum serta latar belakang kebudayaannya yang berlainan, di samping itu pula mereka dapat mengekalkan ajaran Buddha. Buddhisme yang mempunyai banyak ciri tempatan merupakan sifat Buddhisme yang unik dalam sejarah penyebarannya. Malaysia ialah negara yang merdeka, maka Buddhisme yang disebarkan di tempat ini mestilah mempunyai identiti yang bercorak Malaysia. Malaysia ialah negara bersifat majmuk, begitu juga halnya dengan Buddhisme yang disebarkan di negara ini. Sebahagian besar penganut Buddha di negara ini berketurunan Cina, maka aliran utama Buddhisme banyak dopengaruhi oleh Buddhisme dari sistem Bahasa Cina. Sementara itu Negeri Thai dan Sri Lanka, akibat kedudukan geografinya yang dekat dengan Malaysia, telah mempengaruhi Buddhisme Malaysia dengan Buddhisme sistem Bahasa Pali. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat pula pengaliran masuk Buddhisme sistem Bahasa Tibet dan hasil-hasil kajian akademik Buddhisme yang dilakukan oleh Jepun. Penyerapan bahagian-bahagian penting dari Buddhisme berbagai sistem bahasa dan membuangkan mana-mana ciri yang tidak sesuai dengan suasana di Malaysia, akan menjadikan Buddhisme Malaysia berbentuk majmuk. 2. Melatih pendakwah Buddhis tempatan Perkataan tempatan bermaksud negara kita, negeri ini atau persatuan Buddhis masing-masing. Kita amat memerlukan pendakwah Buddhis tempatan untuk menjalankan tanggungjawab penyebaran agama Buddha. Pada masa ini, Buddhisme di Malaysia berada di peringkat perkembaangan yang awal, kadar pertumbuhan dalam pengeluaran pendakwah terlatih adalah rendah jika dibanding dengan perkembangan luaran Buddhisme, ini akan menimbulkan banyak masalah kepada Buddhisme. Pengundangan pensyarah luar negeri ke Malaysia adalah perlu untuk meninggikan taraf kajian akademik dan pengaliran kebudayaan duahala, walau bagaimanapun, usaha melatih pensyarah tempatan adalah lebih diperlukan. Selain daripada itu, kita harus memikirkan keupayaan kita dari segi kewangan. Hanya kita yang withering memahami keadaan majmuk negara ini, dan Buddhisme yang kita perlukan ialah Buddhisme yang withering difahami oleh kita sendiri, lagipun kita harus berdikari dalam mengembangkan Buddhisme.Pada ketika ini, pandangan negatif bahawa segala-galanya yang berasal dari luar negeri adalah lebih baik berbanding dengan yang di sini. Pandangan ini mesti dikikis. Kita mesti memberi lebih banyak peluang dan galakan kepada para pensyarah tempatan. 3. Meningkatkan taraf kajian akademik Kita tidak boleh berhenti lama di suatu taraf kajian akademik. Jika ditinjau dari pelbagai sudut, kita harus mengakui bahawa taraf kajian akademik Buddhisme kita adalah rendah, dan kita bertanggungjawab untuk meninggikannya. Peningkatan taraf kajian akademik merupakan cara penting untuk meninggikan kedudukan Buddhisme, ia juga cara asas untuk menegak dan menguatkan kedudukan Buddhisme di sesuatu rantau da dunia ini. Kita harus menubuhkan pusat penyelidikan dan kajian Buddhisme serta melatih penyelidik-penyelidik sepenuh masa. Pada masa yang sama, individu-individu yang mempunyai keinginan untuk membuat penyelidikan dan kajian Buddhisme, haruslah sentiasa menjalani pendidikan kendiri untuk meningkatkan tarafnya sendiri. 4. Meninggikan kualiti kultivasi (development) Sifat keseluruhan Buddhisme dapat ditunjukkan dalam konsep penyatuan teori dan amali. Teori dan amali adalah saling bergantungan dan saling menggenap antara satu s